Bakal Kahwin Tahun Depan, Penyondol Tanya Netizen Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang

Entertainment
31 May 2023 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pada masa kini, wanita yang bertindak merampas suami orang lain biasanya digelar sebagai ‘penyondol’. Terbaru, seorang wanita telah meluahkan dilema yang dihadapinya kerana menyulam kasih sayang terhadap suami orang.

Menurut wanita terbabit, dirinya merasa musykil adakah dia patut disalahkan kerana bercinta dengan suami orang.

Bercinta dengan suami orang

image is not available

Wanita itu juga memberitahu dirinya bakal berkahwin dengan lelaki tersebut pada tahun hadapan. Namun, dia juga mengakui masih dalam dilema kerana tidak sanggup melihat wajah isteri lelaki terbabit.

Salah ke saya bercinta dengan suami orang. Tapi saya tak sanggup tengok wajah isteri dia.. Dia pun tak nak lepaskan saya.

Dalam ruang komen pula, rata-rata netizen mengkritik tindakan wanita terbabit yang seolah-olah tidak mahu ambil tahu mengenai kebahagiaan orang lain.

image is not available

Hm, apa pula pendapat korang?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media