
“Salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” soalnya menerusi satu hantaran di TikTok.
‘Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang‘, Perkongsian Gadis Ini Raih Perhatian Di Twitter. Baru-baru ini, media sosial dihebohkan dengan satu perkongsian daripada seorang wanita menyatakan adakah menjadi satu kesalahan sekiranya beliau bercinta dengan suami orang?
Perkongsiannya itu telah screenshot oleh seorang lagi individu dan dikongsikan ke Twitter.

Menurut wanita itu, katanya tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan hubungan tersebut, tetapi disebabkan hati masih sayang, mereka berdua terus mempertahankan hubungan itu.
Jelasnya, mereka bakal berkahwin pada tahun hadapan dan meminta pendapat orang ramai tentang keputusannya itu.
“Saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak lepaskan saya, kami dah nak kahwin tahun depan.

“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? ‘Korang’ boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia. Apa yang terbaik tolong saya,” pintanya.
Setelah menjengah ruangan komen di Twitter, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.
Antara reaksi netizen, rata-rata menasihati wanita itu untuk menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

Tambah netizen, sekiranya beliau mahu meneruskan hubungan tersebut beliau dinasihati untuk berbincang bersama isteri pertama terlebih dahulu.

Ada juga yang sempat menasihatkan beliau untuk menggesa lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum mereka berkahwin.


