Bakal Keluarkan Kenyataan, Syarikat Rakam Bekikis Bulu Betis Tanpa Kebenaran Mohon Maaf

5 May 2024 • 11:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syarikat berkenaan mohon maaf isu hak cipta lagu Bekikis Bulu Betis

Bakal Keluarkan Kenyataan, Syarikat Rakam Bekikis Bulu Betis Tanpa Kebenaran Mohon Maaf. Penyanyi dan penulis asal lagu veteran Iban kegemaran ramai, Penghulu Andrewson Ngalai Asom baru-baru ini telah membuat laporan polis berkenaan karya ikonik ciptaannya iaitu lagu Bekikis Bulu Betis.

Beliau membuat laporan polis kerana syarikat berkenaan dikatakan telah merakam, mengubah semula serta memuat naik lagu Bekikis Bulu Betis di media sosial tanpa kebenarannya.

image is not available
Bakal Keluarkan Kenyataan, Syarikat Rakam Bekikis Bulu Betis Tanpa Kebenaran Mohon Maaf. Sumber foto: FB Penghulu Ngalai Asom

Tampil memohon maaf

Oleh itu, pihak yang telah mengeluarkan lagu Bekikis Bulu Betis yang telah diubah itu tampil memohon maaf.

Di ruangan komen Youtube lagi berkenaan, pihak berkenaan berkata bahawa mereka sedang mengenalpasti masalah mengenai hak cipta lagu BBB ini.

image is not available

Meminta masa untuk mengenal punca

Oleh itu, mereka meminta masa untuk mengenal punca masalah ini dan akan memberikan jawapan yang sahih untuk pengesahan umum.

Mereka juga memohon maaf di atas segala yang berlaku dan kini sedang giat menyelesaikan masalah ini.

Semalam, pemilik asal lagu Bekikis Bulu Betis telah membuat laporan polis ke atas syarikat yang merakamkan lagunya tanpa kebenaran: