Bakal pengantin lunaskan tanggungjawab, lepas undi akad nikah

12 Aug 2023 • 8:48 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki, yang bakal menjadi Raja Sehari hari ini, tidak melepaskan tanggungjawab membuang undi pagi ini meskipun majlis akad nikahnya bakal berlangsung pada 9.30 pagi.

Abdul Qayim Roslan, 26, menjadi antara pengundi paling awal di SMK Seri Keramat bagi DUN Bukit Antarabangsa. Kelibat beliau mencuri tumpuan kerana hadir di pusat pengundian lengkap berbaju Melayu dan bersamping.

“Saya rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia maka saya kena lunaskan tanggungjawab dan teruskan dengan acara pernikahan.

“Majlis pernikahan pada 9.30 pagi ini di Selayang dan saya nak bergegas ke sana,’’ katanya ketika ditemui media di SMK Seri Keramat hari ini.

Menurut Qayim, isterinya, yang berasal dari Selayang juga akan mengundi petang ini selepas majlis persandingan mereka hari ini, dan dijangka berbuat demikian pada pukul 3.30 petang. – 12 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved