Pengantin ‘Excited’ Lafaz Akad Nikah, Sambut Salam Tok Kadi Sampai Meja Kaca Pecah!

Entertainment
17 Jul 2023 • 2:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terkejut dan tergamam sebelum tergelak besar, itu lah reaksi saksi dan kita yang menonton video ini saat melihat kelakuan pengantin lelaki yang begitu teruja ketika diijabkabulkan.

Video tular yang berlaku di negara jiran ini memperlihatkan pengantin lelaki begitu teruja ketika mahu melafazkan akad nikah.

Ketika dia salam untuk menjawab lafaz nikah dan Ijab Kabul daripada Tok Kadi, dia berjabat tangan dengan begitu kuat sampai menghempas meja kaca di hadapan mereka itu pecah dan terus lafaz “aku terima nikahnya” dengan begitu cepat.

Semua orang yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut pada beberapa saat sebelum gelak terbahak-bahak dengan tindakan pengantin lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihatnya dan ada yang memberi usikan nakal kepada mempelai tersebut, bagaimanapun ada yang turut memuji dengan ketenangan lelaki tersebut yang terus melafazkan Ijab Kabul dengan tenang, biarpun berlaku satu insiden yang tidak dijangka telah berlaku.

image is not available image is not available

Hurm, mungkin terlalu nervous kot, sampai dia terlepas reaksinya macam tu, tapi sampai pecah eh? Mesti salah seorang ada pakai cincin batu besar. Lepastu, mesti kelakar bila cerita hal ni dekat anak-anak nanti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article