Bakal terbang ke London, Uyaina Arshad dan suami sambung belajar di Oxford

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 2:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara Uyaina Arshad dan suami sambung belajar di Universiti Oxford dan bakal terbang ke London pada Disember hadapan.

Memetik laporan Kosmo, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad dengan teruja berkongsi bakal mengikut kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu bersama suami, Raja Syahiran.

Uyaina Arshad dan suami sambung belajar di Oxford

image is not available

“Ya, saya akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program di Universiti Oxford Disember ini.

“Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya.

“Memang niat saya untuk menjalankan perniagaan pada tahun hadapan selepas menyertai kursus ini,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Uyaina turut memaklumkan selain Raja Shahiran, dia juga akan membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.

“Kalau termasuk tiket penerbangan, kelas dan makan lebih kurang RM90,000 juga saya berhabis. Sebenarnya, Shahiran juga akan belajar bersama nanti.

“Kami akan menghadiri kelas selama satu minggu dan dua minggu lagi kami akan bercuti sekeluarga di sana,” kongsinya.

Bakal ke London, Uyaina Arshad dan suami sambung belajar

image is not available

Sekadar info, Uyaina merupakan alumni graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) namun tidak meneruskan untuk menjadi peguam kerana menyertai program Pencarian Nona Manis sewaktu tahun akhir pengajian.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)