Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

13 Oct 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain. 

Titip Nasihat 

Tidak hanya tertumpu kepada bidang pengacaraan, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkongsi nasihat tersebut secara umum untuk diapikasikan dalam kehidupan seharian.

"Tak perlu menyindir atau mengata buruk tentang orang lain...

"Saya bercakap tidak merujuk satu pihak sebaliknya harap  perkara ini dipraktikkan di mana-mana bukan dalam pengacaraan sahaja.

"Tak perlu menyindir atau mengata buruk tentang orang lain," katanya kepada Gempak pada sidang media ABP36, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Uyaina turut berharap orang ramai lebih memfokuskan kepada perkara yang lebih positif. 

"Berikan fokus lebih kepada perkembangan diri, kemahiran dan apa yang boleh sampaikan kepada orang," ujarnya. 

Uyaina menjulang trofi Pengacara TV Popular di ABP36 sekali gus  menewaskan pemenang tahun lalu, Elly Mazlein, selain Raja Azura, Izzue Islam dan Anim Ezzati.

Kerjaya Uyaina, 31, dalam arena pengacaraan bermula dengan penyertaannya dalam program Pencarian Nona Manis 2015.

Uyaina juga mengharumkan nama negara apabila muncul juara Puteri Muslimah Asia 2018, iaitu program realiti yang julung kali diperkenalkan stesen Indosiar di Indonesia.