Bakal Terima Knighthood, Lagenda Bola Sepak David Beckham Bakal Bergelar ‘Sir’

Entertainment
7 Jun 2025 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas bertahun menunggu, legenda bola sepak England dan Manchester United, David Beckham akhirnya bakal menerima gelaran kebesaran tertinggi negara, knighthood, apabila namanya diumumkan dalam Senarai Penghormatan Hari Keputeraan Raja minggu hadapan.

image is not available

Memetik laporan Daily Mail, Beckham, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-50, akan secara rasmi dikenali sebagai Sir David Beckham, manakala isterinya, bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham akan menyandang gelaran Lady Beckham.

Ini menandakan satu pencapaian besar dalam kehidupan pasangan ikonik itu.

Walaupun pernah dianugerahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 2003, perjalanan Beckham untuk mendapatkan gelaran Sir tidak mudah. I

su melibatkan cukai dan beberapa e-mel bocor yang memperlihatkan rasa kecewanya terhadap panel penganugerahan sebelum ini telah menimbulkan kontroversi, sekali gus melambatkan pengiktirafan ini.

image is not available

Namun kini, segala halangan itu seolah-olah sudah dilupakan.

Dengan pengumuman rasmi yang bakal dibuat, Beckham akan menyertai barisan tokoh sukan ternama seperti mendiang Sir Bobby Charlton dan Sir Alex Ferguson yang turut menerima gelaran sama.

Ia bukan sahaja satu kemenangan peribadi buat Beckham, tetapi juga pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada dunia sukan, masyarakat dan negara.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.