Bakal terima kunjungan Trump, Malaysia kemudi ASEAN bukti keyakinan dunia – PM Anwar

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 11:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia sekali lagi diberi penghormatan untuk memimpin ASEAN pada masa yang mencabar dan strategik.

“Bulan hadapan, kita akan menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Premier Republik Rakyat China Li Qiang, dan mungkin Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin ke Kuala Lumpur.
“Kehadiran mereka membuktikan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan dan keteguhan rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
image is not available

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Malaysia kemudi ASEAN bukti keyakinan dunia

Tegas beliau, negara kecil seperti Malaysia perlu bijak menongkah arus perubahan global dan mengekalkan kepentingan nasional sebagai panduan utama.

“Sebagai negara yang berdagang, kita mesti menyusun strategi dengan berhati-hati dan tidak melulu dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri Majlis Makan Malam Jubli Emas Kumpulan AmBank.

Kehadiran beliau memberi penghormatan kepada institusi kewangan tempatan yang telah berdiri teguh selama setengah abad, meraikan pencapaian serta sumbangan AmBank kepada pembangunan ekonomi negara.

image is not available

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Dalam ucapannya, Anwar menyatakan rasa tersentuh melihat kejayaan AmBank yang menurutnya mencerminkan ketabahan dan daya saing anak watan dalam membangunkan negara.

Beliau berkata, pencapaian ini bukan sahaja memperkukuh ekonomi, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha demi kemajuan tanah air.

Dalam pada itu, Anwar turut mengenang jasa pengasas AmBank, Tan Sri Azman Hashim, yang menurutnya banyak memberi sokongan peribadi kepada beliau dan keluarga ketika menghadapi cabaran sukar.

“Pengalaman ini mengajar bahawa kejayaan korporat tempatan bukan sahaja membangunkan ekonomi, malah memperkukuh semangat perpaduan dan daya tahan negara,”ujar beliau.

Sumber: FB Anwar Ibrahim