Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang akan melawat Malaysia bulan depan sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47.
Bagaimanapun, Presiden Russia, Vladimir Putin sedang mempertimbang secara serius untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
“Kita bertuah. Walaupun ada isu tarif, Presiden Donald Trump telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau akan datang ke Malaysia bulan depan bersempena mesyuarat ASEAN. Perdana Menteri Li Qiang juga akan turut hadir.
“Presiden Putin bertemu saya di Beijing dan berkata beliau sedang mempertimbangkan secara serius untuk datang ke Malaysia.
“Saya kata, baiklah… kita ada Donald Trump, Vladimir Putin dan Li Qiang, jadi mereka akan perasan bahawa Kuala Lumpur berada dalam kawalan penuh,” katanya
Baca juga:
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
Pengesahan rasmi itu diterima menerusi panggilan telefon antara Anwar Ibrahim dan Trump pada Julai lalu.
Sumber: Berita Harian
The post Anwar sahkan Li Qiang, Trump hadir Sidang Kemuncak ASEAN di KL bulan depan appeared first on The Reporter.


