Bakal timang bayi perempuan, Atikah Suhaime harap anak kahwin dengan putera raja

LocalEntertainment
22 Jan 2025 • 10:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Atikah Suhaime

Pelakon Datin Atikah Suhaime kini sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak perempuannya tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Suhaime, 34, ketika menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Datuk Lokman Teh.

Atikah Suhaime

@atikahsuhaimeeee

Wedding anniversary dinner and gender reveal. Pastikan tunggu sampai habis untuk tau gender anak tika #fyp #mukbang #anniversarydinner #anniversairesurprise #malaysiatiktok #genderreveal

♬ original sound - TikaMe - TikaMe

“Makan malam ulang tahun perkahwinan dan pendedahan jantina. Pastikan anda menunggu sehingga akhir untuk mengetahui jantina anak,” katanya di ruang kapsyen TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Atikah dan suami menikmati makan malam romantik di sebuah restoran terkemuka di ibu kota.

Semasa menikmati juadah yang dihidangkan oleh pihak restoran, Atikah berbincang dengan suaminya mengenai perancangan masa depan anak perempuannya yang bakal dilahirkan kelak.

Atikah Suhaime

image is not available

image is not available

Malah, Atikah sempat berseloroh berharap anak sulungnya akan berkahwin dengan putera raja apabila dewasa.

Sepanjang makan malam itu berlangsung, Atikah dihiburkan dengan pemain biola yang mendendangkan lagu romantik buat mereka.

image is not available

“Sumpah saya terkejut! suami tempah pemain biola untuk makan malam kami. Dia tahu saya suka live band dan muzik,” ujarnya.

Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari tahun lalu dan terbuka untuk berkongsi berkaitan kehamilannya kepada umum pada September 2024.

image is not available

Sumber: TikTok @Atikahsuhaimeeee