“Boleh Makan Western Sahaja Trimester Pertama…” – Dijangka Bersalin Bulan Mac, Atikah Suhaime Kongsi Journey Kehamilan Anak Sulung

25 Dec 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Atikah Suhaime berkongsikan perkembangannya hamil cahaya mata pertama.

 

Menerusi hantaran di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkongsi berkaitan selera makannya yang semakin kuat di mana pada trimester pertama dirinya hanya boleh memakan makanan ‘western’ sahaja.

 

@atikahsuhaimeeee Thank you sama2 teman tika sepanjang pregnancy ni. Tika due bulan March inshaAllah. You all due biler? ? #fyp #pregnanttiktok #pregnantlife #foodtiktok #malaysiatiktok ♬ original sound - TikaMe

Dalam pada itu, pelakon filem Tatiana tersebut turut memaklumkan pada ruangan kapsyen bahawa bayinya dijangka bakal dilahirkan pada bulan Mac tahun hadapan.

 

“Terima kasih sama-sama teman Atikah sepanjang hamil ni. Atikah ‘due’ bulan Mac, InsyaAllah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Atikah supaya proses bersalin dipermudahkan.

 

“Semoga dipermudahkan nanti bersalin.

 

“Team baby Mac juga, semoga dipermudahkan.

 

“Tak sabar nak tengok Atikah jadi mommy,” komen beberapa netizen.

 

Sekadar info, Atikah sebelum ini berkongsi tentang kehamilannya kepada media pada September lalu.