Bakal timang cahaya mata ketiga, bait doa Amyra Rosli menyentuh hati - 'Ya ALLAH, terima kasih atas perjalanan indah ini'

Family & Parenting
9 Sep 2026 • 9:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Bakal timang cahaya mata ketiga, bait doa Amyra Rosli menyentuh hati - 'Ya ALLAH, terima kasih atas perjalanan indah ini'

SYUKUR dan teruja. Itu perasaan yang sukar digambarkan menerusi raut wajah pelakon dan pengacara popular, Amyra Rosli apabila bakal menimpa rezeki terindah tidak lama lagi. Mana tidaknya, aktres jelita ini sedang sarat mengandung anak ketiga, sekali gus menambah seri dan kehangatan dalam rumah tangga yang dibina bersama suami tercinta, Amar Baharin.

Momen manis itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli menerusi satu hantaran video kreatif di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berdurasi pendek itu, bekas hos program Nona tersebut membuat gimik kejutan khas sempena sambutan ulang tahun kelahiran Amar yang ke-41 dengan menyerahkan kit ujian kehamilan.

Kejutan berharga itu nyata menyentuh hati peminat yang rata-ratanya tumpang gembira dengan khabar berkenaan.

Kehadiran orang baharu ini pastinya memberi makna yang cukup mendalam buat pasangan romantis ini. Imbas kembali perjalanan kehamilan terdahulu, Amyra pernah berdepan detik duka apabila mengalami chemical pregnancy dan keguguran pada Disember 2024.

Justeru, rezeki yang hadir kali ini disifatkan sebagai keajaiban dan rahmat terindah selepas melalui fasa sukar berkenaan.

Image from: Bakal timang cahaya mata ketiga, bait doa Amyra Rosli menyentuh hati - 'Ya ALLAH, terima kasih atas perjalanan indah ini'

Titipan doa dan harapan turut diiringi Amyra buat cahaya mata yang sedang dibawanya kini. "Ya ALLAH, terima kasih atas perjalanan indah ini, untuk setiap tendangan kecil, setiap doa, dan setiap saat yang membawa kami ke fasa ini.

"Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami, lindungi ibu dan bayi, kurniakan kesihatan yang baik, serta hadirkan anak ini ke dunia dengan selamat, sempurna dan penuh keberkatan. Semoga anak ini sentiasa dikelilingi kasih sayang, dilindungi ALLAH dan membesar menjadi jiwa yang indah serta membawa kebaikan di mana jua berada," luahnya penuh rasa kesyukuran.

Menyingkap tabir perkahwinan mereka, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel iaitu Aqeef Anaqi, 9, dan Aura Aryssa, 6.

Semoga segala urusan proses kelahiran Amyra dipermudahkan dan diiringi kesihatan yang baik buat ibu serta bayi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved