Sebak! Sharnaaz Ahmad ‘ubat rindu’ dua anak yatim

EntertainmentMovie
29 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sebak! Sharnaaz Ahmad ‘ubat rindu’ dua anak yatim

PETALING JAYA – Sepasang mata dan raut wajah mengingatkan kepada arwah bapa, pertemuan dua kanak-kanak dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad bertukar menjadi momen sarat emosi.

Menerusi hantaran Golden Screen Cinemas (GSC) di Instagram, dua beradik itu dilihat gagal menahan air mata ketika bertemu dengan pelakon filem Chelot itu sempena jelajah promosi di pawagam terbabit.

Difahamkan wajah Sharnaaz dikatakan mirip arwah bapa mereka, sekali gus mengundang perasaan rindu yang sukar dibendung.

Dalam video tersebut, kedua-duanya dilihat merenung wajah aktor berusia 40 tahun itu sebelum memeluknya dengan erat.

Malah Shaarnaz juga dilihat memperuntukkan masa berbual dengan dua kanak-kanak itu.

GSC menerusi kapsyen perkongsian itu menyifatkan pertemuan singkat berkenaan sebagai satu momen bermakna yang pastinya sukar dilupakan.

“Ada pertemuan yang singkat, tapi meninggalkan rasa yang dalam. Satu momen yang pasti akan dikenang,” tulis hantaran berkenaan.

Perkongsian itu turut mengundang rasa sayu netizen yang rata-rata tersentuh melihat reaksi kedua-dua kanak-kanak terbabit.

“Dia tenung sahaja muka Sharnaaz. Nampak sangat dia rindu,” komen seorang netizen.

“Kesian, kedua-duanya betul rindukan pelukan seorang ayah. Terima kasih Sharnaaz,” tulis seorang lagi pengguna Threads.

Perkongsian itu turut meraih perhatian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tersentuh menyaksikan momen penuh syahdu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Sebak! Sharnaaz Ahmad ‘ubat rindu’ dua anak yatim appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved