Bakar Koleksi K-Pop Tanpa Pengetahuan Anak, Tindakan Bapa Dikecam Netizen

Entertainment
24 Sep 2022 • 10:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tak kira peringkat usia tua mahupun muda, setiap seorang dari kita pasti mempunyai minat yang berlainan sehingga sanggup untuk melabur banyak duit bagi mengumpul beberapa koleksi berkaitan perkara yang kita minat.

Sebagai contoh, kaki pancing yang ada di luar sana sanggup melaburkan wang yang banyak bagi mengumpul koleksi joran serta rod pancing yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Begitu jugalah dengan seorang gadis yang begitu minat dengan kumpulan K-Pop sehingga dia berjaya mengumpul banyak barangan serta poster daripada kumpulan K-Pop yang diminatinya.

Koleksi K-Pop dibakar bapa

Namun, minatnya itu sama sekali tidak direstui kedua ibu bapanya sehinggakan bapanya sanggup untuk membakar barangan peribadi K-Popnya.

@cikatienn Mama tak galakkan..sokong pun tidak.Tapi bukan ni caranya.#fyp #kpop #CapCut #inistylekita ♬ Buah Hati – Armada

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat gadis berkenaan begitu sedih dan hampa apabila mendapati barangan peribadi K-Popnya sudah hangus terbakar menjadi abu.

image is not available

Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan barangan tersebut dibeli sendiri oleh gadis berkenaan menggunakan duit simpanannya serta ada juga merupakan hadiah pemberiah daripada rakan-rakannya.

Bukan itu sahaja, difahamkan sebuah buku journal tulisan gadis ini sendiri juga hangus dibakar bapanya.

Bukan begitu caranya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara bapa gadis berkenaan yang tidak sesuai kerana ia boleh merosakkan mental gadis tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Kalau iya pun tak suka dengan minat anak tu, bukan begini caranya. Cara macam ni boleh buatkan anak kita tu jadi lagi memberontak di masa akan datang.

Kredit: TikTok cikatieen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media