Bakat muda bersinar di TV PSS

LocalFamily & Parenting
12 May 2025 • 10:48 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Peserta diajar tentang penggunaan pencahayaan semasa perkongsian daripada Muhammad Ikhwan

Industri media kini berkembang seiring arus teknologi dan kreativiti yang semakin maju.

Menyedari perkara itu, Latihan Industri TV PSS di bawah Akademi Pendidikan Sinar Bestari diadakan sebagai platform bagi pelajar meneroka minat dan bakat dalam dunia penyiaran.

image is not available
Aisha Abdul Halim (kanan) dan adiknya, Afsa (kiri) dari Chemor, Perak.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Aisha Abdul Halim, 15, berkongsi bahawa program ini tidak hanya sekadar mendedahkan teknik teknikal seperti rakaman dan penyuntingan video, namun menyemai rasa cinta terhadap industri media.

“Program ini secara tidak langsung membantu peserta dengan menaikkan semangat dan membuatkan kami mendalami selok-belok dunia penyiaran.

“Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, pelajar juga diajak untuk meneroka pelbagai aspek penerbitan sekali gus menanam minat mendalam,” katanya kepada Sinar Bestari.

image is not available
Peserta merasai sendiri pengalaman membuat program Wacana dari Sinar Harian.

Lebih menggembirakan, Aisha bersama adiknya, Afsa Abdul Halim, 13, dari Chemor, Perak sanggup hadir ke Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan pendedahan dalam dunia media.

Luah Afsa, ilmu yang diperoleh sepanjang dua hari itu memberi kesan dalam penyuntingan video dan cara berkomunikasi dengan pihak lain sebagai wartawan.

image is not available
Editor Sinar Bestari, Nurbaya Abdul Rezak berkongsi maklumat etika kewartawanan kepada peserta Latihan Industri TV PSS.

“Secara tidak langsung, tenaga pengajar memberi tip untuk kami bercakap di hadapan kamera, menulis artikel dengan penulisan yang baik dan banyak lagi.

“Jika tanya tentang perasaan, sudah pasti amat menyeronokkan kerana dapat mengaplikasi teknik ini di sekolah,” katanya.