
Kota Kinabalu: Kira-kira 100 kanak-kanak berbakat diiktiraf atas karya cemerlang mereka pada Majlis Anugerah Seni Kanak-kanak tahunan anjuran My Art Studio cawangan Lintas Plaza dan Pintas Square.
Pengetuanya Chua Sang Yuuu berkata mereka menganjurkan acara itu untuk memberi anugerah kepada murid yang telah menunjukkan kemajuan hebat dan mencipta karya terbaik sepanjang 2023.
“Kami mahu mereka tahu bahawa karya seni mereka amat dihargai, dan usaha mereka dalam mempelajari seni diiktiraf.
“Saya berharap murid dapat terus mencurahkan imaginasi dan kreativiti mereka, dan tidak terlalu disekat. Percaya dengan karya anda, dan yakin dengan semua lukisan andas, dan berani dengan warna yang anda pilih,” katanya semasa acara itu yang diadakan di Perpustakaan Negeri Tanjung Aru pada Ahad.



![Ayah Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis Graduasi Tadika Anak Buat Ramai Sedih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)