“Jangan pukul rata” – Madammu Pertahan Tindakan Beri Phone Pada Anak, Jadi Kecaman Netizen

Entertainment
16 Feb 2024 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penggunaan gajet terutamanya yang mempunyai skrin seperti telefon pintar atau tablet oleh kanak-kanak bukanlah satu perkara yang asing hari ini. Boleh kata ramai ibu bapa hari ini yang menggunakan ‘jalan pintas’ untuk melayan kerenah anak-anak dengan memberikan mereka menonton video menerusi gajet.

Tidak dinafikan, hari ini terdapat pelbagai kandungan berbentuk pendidikan dan juga dibuat khas untuk kanak-kanak, namun ia tidak bermakna, anak-anak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menatap skrin peranti mereka untuk tempoh yang panjang.

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penggunaan gajet untuk tempoh yang lama boleh memberi kesan kepada saraf mata ataupun bebola mata. Hal ini turut membuatkan mata kita jadi lebih cepat kering selain mengganggu penglihatan terutamanya anak-anak kecil kita yang sering menggunakan gajet seperti telefon pintar ataupun ‘tablet’ tanpa pengawasan.

image is not available

Pun begitu, baru-baru ini, seorang usahawan terkenal, Madammu tampil mempertahankan tindakannya selepas teruk dikecam gara-gara memberikan telefon bimbit kepada anaknya yang masih kecil.

image is not available

Walaupun tindakannya tersebut seperti menegakkan benang yang basah, dia meminta orang ramai supaya tidak memukul rata dengan mengatakan telefon bimbit memberikan pengaruh buruk dan berpendapat, gajet tersebut ada baik dan buruknya.

Tambahnya lagi, banyak perkara yang memberikan pendidikan pada anak-anak dan pada zaman ini, agak jarang untuk menemukan anak-anak yang tidak teruja apabila melihat telefon. Dalam masa yang sama, Madammu berpendapat, anak kecil tidak nampak apa yang dipaparkan tetapi hanya melihatnya sebagai lampu.

@zueraidah_noir Jawapan Madammu bila ada yang komen jangan bagi anak main handphonee… #fyp ♬ original sound – Zue Raidah Noir Leader

Penjelasan tersebut diberikan oleh usahawan itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok yang kemudiannya telah dirakam dan dimuat naik semula di platform sama.

Walaupun dia mengakui anak-anaknya banyak belajar bahasa Inggeris melalui kandungan-kandungan yang ada dalam telefon bimbit, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakannya tersebut dan menyifatkan anaknya terlalu kecil untuk diberikan gajet sebegitu walaupun ianya dikawal.

image is not available

Ini kerana, menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sepatutnya tidak diperkenalkan langsung kepada alat elektronik lebih-lebih lagi skrin telefon kerana ia akan menggangu corak tidur mereka.

Pada usia ini, aktiviti kanak-kanak seharuslah lebih tertumpu kepada permainan di atas lantai yang interaktif dan masa bermain yang tidak berstruktur kerana aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang deria dan kreativiti mereka.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.