Bakat Sentiasa Dihargai, 5 Pelakon K-Drama Ini Jadi Pilihan ‘Top’ Rakyat Korea Selatan

18 Dec 2023 • 3:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semua tahu bahawa sesebuah drama itu tidak akan berjaya jika lakonan daripada pelakon tidak menarik.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan selebriti yang mendapat jumlah undian 5 tertinggi bagi pelakon pilihan rakyat Korea Selatan.

Namgoong Min

image is not available

Menjadi pilihan utama bagi rakyat Korea Selatan, Namgoong Min mendapat jumlah undian sebanyak 20.2 peratus. Antara K-Drama popular yang dibintanginya adalah “My Dearest” dan “The Veil”.

Park Eunbin

image is not available

Peminat drama “Extraordinari Attorney Woo” pasti akan mengikuti perkembangan terkini pelakon Park Eun-bin ini. Selepas Namgoong Min, wanita cantik jelita ini menjadi pilihan kedua pelakon K-Drama bagi orang Korea, dengan jumlah undian sebanyak 6.4%.

Song Hyekyo

image is not available

Tidak dapat dinafikan lagi kehebatan lakonan yang diberikan oleh Song Hye-kyo melalui semua dramanya sangat mantap. Dia memulakan kerjayanya dengan menjadi seorang model dan selepas itu bakat lakonan yang luar biasa dapat dikenal pasti oleh pengarah tempatan Korea. Dia menjadi antara 5 teratas pelakon K-Drama pujaan rakyat Korea dengan undian sebanyak 6.3%.

Ahn Eunjin

image is not available

Ahn Eun-jin sudah menjadi pelakon sejak kecil lagi dan sehingga sekarang dia masih lagi aktif dalam bidang lakonan. Berada di tempat ke-4, Ahn Eun-jin mendapat undian sebanyak 5.6% daripada rakyat Korea Selatan.

Song Joongki

image is not available

Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, lakonan Song Joong-ki tetap dihargai oleh semua orang. Dengan jumlah undian sebanyak 3.2%, Song Joong-ki berada di tempat ke-5 pilihan pelakon K-Drama terbaik bagi tahun 2023.

Tahniah semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.