Diterajui Bintang Hebat, Ini 11 K-Drama Akan Buat Penonton Terpikat Pada 2024

Entertainment
15 Dec 2023 • 1:44 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tidak lama lagi akan masuk tahun baru.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan tentang beberapa K-Drama yang dibintangi pelakon hebat bakal ditayangkan pada tahun 2024 ini.

Marry My Husband

Ia akan mengisahkan tentang seorang wanita yang menghidapi penyakit membawa maut dan menyaksikan kecurangan antara suami dan rakan baiknya sendiri. Dia kembali ke 10 tahun kemudiannya bagi membalas dendam terhadap suami yang membunuhnya.

Pelakon: Park Min-young, Lee Yi-kyung, Na In-woo, Song Ha-yoon.

Everything Will Come True

image is not available

Drama ini merupakan drama romantik komedi yang mengisahkan tentang Genie yang terlalu emosi dan memegang kuasa ke atas kehidupan serta kematian seseorang Ga-young, seorang wanita yang mempunyai tiga permintaan.

Pelakon: Bae Suzy, Kim Woo-bin

Hierarchy

image is not available

“Hierarchy” akan menggambarkan kisah yang berlaku di Sekolah Menengah Jooshin, yang menawarkan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi terbaik di Korea, di mana 0.01% kanak-kanak bijak dikumpulkan. Ia adalah drama remaja yang penuh dengan cinta, cemburu, dendam dan belas kasihan.

Pelakon: Roh Jeong-eui, Lee Chae-min, Kim Jae-won

The Trunk

image is not available

Ini ialah sebuah drama yang mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan. Ianya diarahkan oleh Kim Kyu-tae, yang juga merupakan pengarah buat “Our Blues”, “Scarlet Heart Ryeo” dan penulis Park Eun-young dari “Hwarang”.

Pelakon: Gong Yoo, Seo Hyun-jin

All Of Us Are Dead 2

Drama ini merupakan sambungan bagi siri Netflix “All Of Us Are Dead” yang telah disiarkan pada tahun 2022. Ia berkisarkan tentang sekumpulan pelajar yang cuba untuk melarikan diri dari sekolah mereka. Hal ini kerana, sekolah itu telah menjadi pusat wabak zombi dan dipenuhi dengan mahkluk seram.

Pelakon: Cho Yi-hyun, Park Ji-hu, Lomon, Yoon Chan-young

Aema

image is not available

“Aema” ialah drama komedi fiksyen yang menggambarkan pencipta filem Madame Aema pada awal 1980-an. Drama ini akan memaparkan kisah pelakon popular, pelakon baru, penerbit dan pengarah dalam tempoh masa itu kerana mereka menghasilkan filem dengan cara menarik dan lucu.

Pelakon: Lee Ha-nee, Bang Hyo-rin, Jin Sun-jyu, Cho Hyun-chul

Love Song For Illusion

Diadaptasikan daripada webtoon terkenal, drama “Love Song for Illusion” mengisahkan tentang kisah percintaan di antara seorang lelaki yang mempunyai dua personaliti dan wanita yang sangat mencintainya.

Pelakon: Park Ji-hoon, Hong Ye-ji, Hwang Hee, Ji Woo

Sejak: Charmed Deceit

Drama ini mengisahkan tentang percintaan di antara seorang raja dan wanita yang sedang cuba untuk membalas dendam. Jo Jung-suk bakal membawa watak sebagai Lee In, seorang raja dengan pengalaman hidup yang menyedihkan namun, dia mula jatuh cinta selepas berjumpa dengan seorang pemain alat muzik.

Pelakon: Jo Jung-suk, Shin Se-kyung, Park Ye-young, Lee Shin-young

Doctor Slump

“Doctor Slump” akan mengikuti kisah dua watak utama yang berada dalam kemerosotan selepas berhenti kerja sebagai doktor, dan kemudian tinggal di bilik atas bumbung.

Pelakon: Park Hyung-sik, Park Shin-hye, Yoon Park, Kong Seong-ha

Hyper Knife

image is not available

Untuk pengetahuan, “Hyper Knife” ialah drama thriller jenayah perubatan yang memberi kisah tentang seorang doktor serta dalam masa sama, dia merupakan seorang pembunuh. Park Eun-bin akan diberi watak Jeong Se-ok, seorang doktor yang berdedikasi untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bagaimanapun, hidupnya berubah tragis apabila dituduh cuba membunuh mentornya, Profesor Choi Deok-hee.

Pelakon: Park Eun-bin, Sol Kyung-gu

Mom’s Friend’s Son

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba untuk memulakan kehidupan baru dan seorang anak lelaki rakan ibunya yang dianggap sebagai titik gelap dalam hidup wanita itu.

Pelakon: Jung Hae-in,Choi Seung-hyo

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.