“Bala lah kepada kau!” -Hina keturunan, Dato’ Aishah tak ampunkan Azwan Ali

16 Oct 2023 • 8:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyanyi senior, Dato’ Aishah meluahkan rasa ralat terhadap Azwan Ali apabila pengacara kontroversi itu beberapa kali memuat naik ciapan di aplikasi X dengan menghinanya dengan kata-kata tidak baik.

Banyak kali menghina Aishah

Walaupun ramai sedia maklum perilaku Azwan, namun Aishah merasakan tindakannya agak keterlaluan memandangkan dia sedikit pun tidak pernah menyela selebriti tersebut.

image is not available

“Allahuakbar, ya Allah ampunkan dosa2ku hambaMu yg lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dgn baik tetapi masih tak habis2 dgn kata nista.

This time I take serious offence kerana dia mencuit keturunan dan family. Please delete Azwan Ali.Jangan sampai I have to take you to court.

Kalau you rasa you boleh lepas di mahkamah dunia, I am telling you Insyaallah pembalasan akan sampai. This time you have gone too far.!!!!!!

I angkat tangan tinggi mohon Allah swt beri pembalasan yg setimpal kepada you.I takkan ampunkan you menghina keturunan I.Bala lah kepada kau Azwan Ali,” tulisnya.

image is not available

Aishah tak faham kenapa Azwan Ali benci dirinya

Tambah Aishah lagi, dia sama sekali tidak faham mengapa Azwan begitu membencinya sedangkan dia tidak pernah bercakap buruk tentang pengacara itu.

Juara Gegar Vaganza musim ke-4 berkenaan juga pelik Azwan begitu memarahinya kerana melihatnya masih menyanyi.

“I tak faham apa yg dia benci sgt and marah sgt I masih menyanyi.Bukan I mintak sedekah kat dia.I cari rezeki cara I.Tak pernah pun komen pasal dia,” getus Aishah lagi.

image is not available

Terdahulu, penyanyi berkenaan telah diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir selepas Cliff Umar dan Suki Low dalam All Star Gegar Vaganza.

Dia yang berduet bersama juara Akademik Fantasia Musim pertama, Vince Chong gagal memperolehi markah yang tinggi apabila berada di kedudukan terakhir pada minggu keempat ASGV.

Sumber: Instagram aishahjmm