‘Please delete Azwan Ali, jangan sampai I terpaksa heret you ke mahkamah’ – Aishah beri amaran, padam ciapan yang hina keluarga & keturunannya

16 Oct 2023 • 4:49 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyanyi Aishah memberi amaran terakhir kepada Azwan Ali untuk memadamkan segala kenyataan-kenyataan berunsurkan kata-kata kesat dan makian tidak berasas terhadapnya di media sosial, atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Aishah dalam hantarannya di Facebook menegaskan, dia sudah cuba bersabar dan menegur perbuatan Azwan sebelum ini. Tetapi semuanya tidak diendahkan, malah semakin menjadi-jadi sehingga menyentuh keluarga dan keturunannya.

“Saya cuba bersabar, saya cuba menegur dengan baik. Tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista. This time I take serious offence kerana dia mencuit keturunan dan keluarga.

“Please delete Azwan Ali, jangan sampai saya terpaksa mengheret awak ke mahkamah. Kalau awak rasa awak boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu awak insha-Allah pembalasan akan sampai.

“Kali ini awak sudah melampau. Saya angkat tangan tinggi mohon Allah beri pembalasan yang setimpal kepada awak. Saya takkan ampunkan awak yang menghina keturunan saya. Bala lah kepada awak Azwan Ali,” katanya.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan pada hantaran itu, Azwan secara terbuka menghembur kata-kata kesat terhadap Aisah di laman X (Twitter).

Semakan di laman X, Azwan masih belum memadamkan ciapan yang dimaksudkan oleh Aishah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved