Balai Bomba Rantau Panjang Tetap Beroperasi Walaupun Dilanda Banjir

28 Nov 2024 • 6:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Kelantan, berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki air banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin semasa dihubungi pemberita.

"Anggota pasukan masih lagi menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang walaupun balai dinaiki air," katanya.

Menurut beliau, situasi itu tidak menggugat semangat anggota untuk berkhidmat.

Katanya, BBP Rantau Panjang masih menjalankan fungsi sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk banjir.

"Ketika ini paras air di dalam balai 0.6 meter.

"Operasi memindahkan mangsa banjir masih berjalan seperti biasa," jelasnya.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved