Balai Polis Paling Kecil Di Dunia Ini Jadi Tarikan Pelancong

2 Sep 2023 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya balai polis dibina bersaiz besar untuk menempatkan puluhan pegawai polis yang bertugas, namun tahukah anda, terdapat sebuah balai polis yang sangat kecil di Florida, Amerika Syarikat, sehingga ia digelar balai polis terkecil di dunia?

Menurut laman web Great Big Story, balai polis paling kecil di dunia itu terletak di perkampungan nelayan di Carrabelle di Florida Utara.

Apa yang menariknya ialah balai polis itu bersaiz sebesar pondok telefon sahaja!

image is not available

Difahamkan, balai polis kecil yang dibina pada Mac 1963 itu sebenarnya dibangunkan untuk menghentikan tindakan pelancong yang sering membuat panggilan jarak jauh di pondok telefon polis tanpa kebenaran sehingga menyebabkan pegawai polis terpaksa menjawab panggilan dalam keadaan basah ketika hujan.

Sebelum tahun 1963, telefon pihak polis Carrabelle diletakkan di dalam sebuah pondok yang dipanggil call box.

Difahamkan, call box atau juga dikenali sebagai police box merupakan sebuah pondok, booth atau kiosk yang dilengkapi dengan telefon awam untuk memudahkan orang awam menghubungi pihak polis jika berlaku kecemasan.

Namun, pada ketika itu, call box itu telah digunakan pula oleh pelancong untuk membuat panggilan jarak jauh tanpa kebenaran pihak polis.

Sebagai solusinya, pihak polis memindahkan telefon mereka dalam call box itu ke tempat lain agar tiada lagi orang yang boleh membuat panggilan tanpa kebenaran.

image is not available

Balai polis itu membolehkan pegawai polis yang bertugas memarkirkan kereta peronda mereka di bawah pokok berdekatan dan mereka bertugas sambil memerhatikan pemandu yang memandu kereta melebihi had laju atau jika ada individu yang berkelakuan mencurigakan.

Kini, balai polis kecil tersebut tidak lagi digunakan namun ia kekal di lokasi yang sama dan kini dianggap sebagai monumen bersejarah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.