Bali Akan Kenakan Cukai Pelancong RM46!

14 Jul 2023 • 12:55 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Lokasi peranginan Indonesia di Bali akan mengenakan cukai 150,000 rupiah (RM46) ke atas pelancong yang memasuki 'Pulau Dewa' itu mulai tahun depan bagi mengekalkan budayanya, menurut pegawai hari ini.

Bali yang bergantung kepada ekonomi pelancongan menarik jutaan pelawat asing setiap tahun dan cuba memanfaatkan popularitinya dengan mengenakan cukai dalam usaha melindungi tarikan tropikanya.

image is not available

Gabenor I, Wayan Koster, berkata bayaran yuran untuk pelancong asing hanya dikenakan sekali ketika lawatan mereka ke Bali.

image is not available

"Yuran itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia.

"Levi tidak akan dikenakan kepada pelancong domestik Indonesia," katanya kepada penggubal undang-undang tempatan.

Dilaporkan, lebih dua juta pelancong melawat pulau itu tahun lalu ketika Bali pulih daripada sekatan pandemik COVID-19 selepas mengenakan dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran peraturan.