Bali Bakal Kenakan Cukai Pelancongan Mulai 2024 Untuk Memelihara Budaya

Travel
13 Jul 2023 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pulau peranginan Bali yang terkenal dengan keindahan pantai, alam sekitar dan kebudayaan bakal mengenakan cukai pelancongan sebanyak 150,000 rupiah (RM46.22) kepada para pelancong yang ingin memasuki pulau berkenaan bermula tahun hadapan bagi memelihara kebudayaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Bali menjadi destinasi tumpuan jutaan pelawat antarabangsa setiap tahun dan destinasi yang terkenal dengan keindahan pantai tersebut ingin memanfaatkan situasi berkenaan dalam usaha mereka untuk memelihara keindahan dan kebudayaan destinasi terbabit.

Menurut Gabenor I Wayan Koster, bayaran yang akan dikenakan kepada pelancong asing berkenaan hanya perlu dibayar sekali dan perlu dibuat secara elektronik dan peraturan ini terpakai ke atas semua pelancong yang ingin ke Bali, tidak kira dari mana mereka terbang masuk ke pulau berkenaan, walaupun dari bahagian lain Indonesia.

image is not available

Pun begitu, cukai ini tidak akan dikenakan keatas pelancong domestik iaitu mereka yang berasal dari Indonesia.

Untuk rekod, lebih 2 juta pelancong memilih untuk ke Bali tahun lepas menurut catatan rasmi sejak Bali mula dibuka semula kepada pelancong asing selepas pandemik Covid-19.

 

image is not available

Menjawab persoalan wartawan, Wayan Koser berpendapat bahawa pengenalan cukai ini tidak akan mengurangkan jumlah pelawat ke pulau berkenaan kerana ia akan digunakan sepenuhnya untuk memulihara alam sekitar, kebudayaan dan kemudiannya akan membina infrastuktur yang lebih berkualiti.

Dalam masa yang sama, ini juga akan memberi manfaat kepada para pelancong kerana mereka akan menerima kemudahan yang lebih selesa dan selamat, tambahnya lagi.

Sumber : FMT

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.