Balik Sarawak tanpa Farah Kartini, abang akui kali ini terasa lain

25 Jul 2024 • 10:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Balik Sarawak tanpa Farah Kartini buat pertama kali selepas pemergian wanita tersebut membuatkan abangnya, Mohd Farizza Azmi mengakui ia terasa lain.

Posting Abang allahyarham

Menerusi posting yang dibuat pemuda berusia 28 tahun berkenaan, dia telah berkongsi momen sewaktu berjalan di lapangan terbang sambil membawa bagasi bagi pulang ke kampung halaman mereka di Sarawak.

Balik Sarawak tanpa Farah Kartini

Dia yang menulis ‘selamat kembali, tanpa kamu, Farah Kartini’ diruangan kapsyen Facebook peribadinya.

“Welcome back, without you #Nurfarahkartini,” tulisnya ringkas.

image is not available

Akui kepulangan kali ini terasa lain tanpa Farah Kartini

Menerusi ruangan komen di TikTok, Farizza juga mengakui bahawa kepulangannya ke kampung halaman kali ini terasa lain kerana ketiadaan adik perempuannya itu.

image is not available

Terus kuat bro & keluarga

Susulan daripada itu, ruangan komen di media sosial milik abang kepada mangsa bunuh berkenaan telah dipenuhi dengan ucapan salam takziah serta mendoakan supaya mereka sekeluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian hebat ini.

image is not available

Katanya arwah sepatutnya balik harini juga

image is not available

Semoga segala urusan dipermudahkan bro

image is not available

Terdahulu, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang juga merupakan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Namun, pada 15 Julai, mayat mangsa telah ditemui di sebuah kebun sawit di Hulu Selangor dalam keadaan hampir reput.

Susulan daripada itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun yang juga kenalan allahyarham telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: TikTok Jaa Azmi