Abang Dedah Ada Jumpa Suspek Selepas 4 Hari Nur Farah Kartini Hilang – “Dia Nampak Takut Takut, Burukkan Nama Adik Saya…”

Entertainment
25 Jul 2024 • 10:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Abang kepada mangsa bunuh, Nur Farah Kartini yang ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini mendakwa dia ada berjumpa dengan suspek sebelum ditangkap.

Kata Mohd Farizza Azmi, dia bertemu dengan suspek selepas empat hari adiknya dilaporkan hilang dan sempat bertanya jika lelaki itu ada ‘ambil’ adiknya.

Saya jumpa dia di kedai makan. Saya tanya dia, ‘Ada tak ambil adik, kalau ada pulangkan’. Tapi suspek cakap dia tak tahu.

Lepas itu saya tanya dia, ‘Tak ada rasa nak cari arwah ke?’. Dia kata ada cubaan nak cari. Tapi dia nampak takut-takut. Rupa-rupanya (dakwaan) dia dah bunuh arwah masa itu.

image is not available

 

Burukkan nama arwah

Tambah Farizza, dia berjumpa dengan suspek kerana tahu lelaki itu merupakan orang terakhir berjumpa dengan arwah adiknya sebelum hilang.

Macam mana saya tahu adalah melalui CCTV tempat arwah kerja. Saya juga minta nak tengok perbualannya dengan arwah adik tetapi dia mendakwa telah padam semua perbualan. Nak tengok ‘dashcam’ pun dia kata (footage) dah hilang.

Masa kami berjumpa itu dia banyak memburuk-burukkan nama baik adik saya.

image is not available

image is not available 3 days ago

(VIDEO) "Apalah Amalan Arwah.." - Individu Saksi Lihat 4 Jam Tak Putus Orang Ziarah Kubur Nur Farah Kartini