‘Baliklah Hud!’ – Kanak-kanak lelaki 19 bulan dilaporkan hilang

25 Feb 2025 • 11:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan dilaporkan hilang sejak semalam daripada rumah keluarganya, di Kampung Aira Kuala 3 , Tanah merah, Kelantan.

Kehilangan Hud Aryan disedari kira-kira jam 7.00 malam semalam.

Ibu saudara Hud Aryan, Azean NurFarah Amirah menerusi perkongsian di Facebook, memohon jasa orang ramai untuk mengesan anak saudaranya itu.

“Kali terakhir makan jam 7 malam. Kanak-kanak lelaki (anak kakak saya) berusia 1 tahun 7 bulan yang dilaporkan hilang sejak semalam hingga kini masih belum ditemui . Minta bantuan kepada orang ramai dan sesiapa sahaja panjangkan berita ini.

“Lokasi terakhir dilihat adalah di Kampung Aira Kuala 3, Tanah Merah, Kelantan pada 24 Februari 2025 pada jam 7.00 malam,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan dari Sinar Harian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asmadi Ariffin berkata, kanak-kanak tersebut dipercayai hilang di sekitar kawasan kampung berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai oleh penduduk kampung telah dijalankan, namun gagal menemukan sebarang jejak

Selain itu, pihaknya turut mendapatkan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu usaha mencari mangsa.