Balut Najis Gajah Dengan Kain Jadikan ‘Pad’, Hazeman Huzir Kongsi Masalah Kemiskinan Wanita Tanzania

Entertainment
15 Jul 2022 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Percaya atau tidak, banyak negara-negara yang kini sedang berhadapan dengan kemiskinan haid, ia berlaku kerana kekurangan akses kepada produk haid, pendidikan, kemudahan kebersihan serta pengurusan sisa dan ia menjejaskan kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia.

Kemiskinan haid ini membuatkan ramai gadis dan wanita terpaksa mencari alternatif lain kepada penggunaan tuala wanita, ada yang menggunakan kain atau tisu malah, ada juga yang terpaksa mengurung diri ketika sedang haid.

image is not available

Perkara ini bukan sahaja tidak bersih malah ia juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti mendapat jangkitan urogenital, iaitu jangkitan pada sistem kencing dan alat kelamin, jangkitan ini termasuk jangkitan saluran kencing dan bakteria vaginosis.

Baru-baru ini, personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan Hazeman Huzir berkongsi kisah kemiskinan haid di Tanzania, di mana wanita di situ terpaksa menggunakan najis gajah yang dibalut dengan kain perca sebagai pengganti tuala wanita.

“Mereka akan ambil najis gajah dan balutnya dengan kain perca atau ‘kanga’, selepas itu mereka akan buang najis tersebut dan basuh kain itu sebelum menggunakannya lagi.

Kadangkala mereka yang masih bersekolah tidak akan pergi ke sekolah kerana tiada bahan itu, ia tidak berbau dan hanya bau seperti daun kering” kata guide mereka.

Selain itu, dalam thread yang sama, Hazeman juga berkongsi kanak-kanak di sekolah mereka berbekalkan air minuman yang kotor serta botol yang tidak berpenutup.

Sedih betul lihat nasib mereka…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.