“Banana fly” – Pernah Tular Jual Pisang Goreng Cheese, Adib Kini Bergelar ‘Pilot’

Entertainment
20 Mar 2024 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tular dahulu di media sosial mengenai seorang peniaga pisang goreng cheese, Adib menerusi sebuah video pendek “biasa, biasa maksudnya?” dengan lenggok kepalanya.

Video terbabit membawa tuah kepada Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil apabila dikenali ramai sekali gus meningkatkan pendapatannya.

Terbaharu, Adib dilaporkan kini telah menemui kerjaya idamannya iaitu sebagai juruterbang bagi salah sebuah syarikat penerbangan.

Menerusi perkongsian video TikTok rakan sekerjanya, Anaqah Ismail, kelihatan dia sedang mengusik Adib dengan trademark ‘biasanya’.

@anaqahif

Biasa? Biasa maksudnya? Flying with abang pisang cheese but didnt get any today. Guess i gotta go to Kajang haih #biasamaksudnya @Banana Dibs @dibndib

♬ original sound – Anaqah Ismail – Anaqah Ismail

“Maaf, Encik. Kamu tahu cara (bercakap) seperti ‘biasa’?,” usiknya.

Dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut, Anaqah yang juga juruterbang berseloroh dengan mengatakan dia tidak mendapat pisang goreng cheese dan terpaksa pergi ke Kajang untuk mendapatkannya.

“Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama abang pisang cheese tetapi tidak mendapat apa-apa pada hari ini. Mungkin saya perlu pergi ke Kajang haih,” tulisnya dalam nada seloroh.

Menerusi video terbabit, Adib kelihatan segak memakai uniform juruterbang dan difahamkan kini Adib sudah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG).

@anaqahif

Always nice to fly with friends All the best for your IOE @dibndib #biasamaksudnya

♬ Taylor Swift megamix lyrics and song titles P2 – Silvy | Taylor Nederland

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menumpang gembira dan teruja melihat pemilik Bananadibs berjaya mencapai cita-cita yang diidamkannya sejak kecil lagi.

image is not available image is not available

Sebelum ini, Adib pernah menyatakan dia merupakan seorang graduan daripada Akademi Penerbangan Malaysia.

Namun, disebabkan wabak Covid-19 melanda, Adib menceburi bidang perniagaan sementara menunggu peluang bekerja sebagai juruterbang.

Tahniah Adib, fly high!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.