
Bandar Di Selatan Israel 'Diserang' Lebah
NETIVOT -- Penduduk di bandar Netivot, selatan Israel berdepan detik cemas apabila kawanan lebah memenuhi beberapa kawasan komersial termasuk perumahan penduduk, lapor Daily Mail.
Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa mengeluarkan nasihat keselamatan kepada penduduk dan pemilik premis perniagaan bagi menutup rapat semua pintu serta tingkap.
Ia bagi mengelakkan serangga tersebut masuk ke dalam bangunan.
Menerusi video yang tular di media sosial menunjukkan kawanan lebah menghurungi kenderaan yang diletakkan di bahu jalan, memenuhi balkoni rumah, serta berterbangan rendah di laluan pejalan kaki.
Situasi berkenaan mecetuskan kegusaran dan suasana panik dalam kalangan orang awam.
Fenomena ini mengundang pelbagai reaksi luar biasa daripada netizen dan penduduk tempatan yang mengaitkan insiden tersebut termasuk ketegangan geopolitik antara Israel dan Iran.
Walau bagaimanapun, pakar ekologi dan ahli kaji serangga menjelaskan bahawa kejadian ini adalah fenomena alam
Baca juga:"Ini adalah fenomena semula jadi yang dikenali sebagai spring swarming (penghijrahan musim bunga).
"Apabila sesebuah sarang menjadi terlalu padat, koloni lebah akan berpecah. Ratu lebah akan membawa ribuan pekerja keluar untuk mencari lokasi sarang baharu," maklum seorang pakar tempatan.
Pada Mac lalu, ribuan burung gagak memenuhi ruang udara Tel Aviv yang turut mencetuskan perdebatan serupa.





