Bandar Raub dilanda banjir kilat

18 Sep 2023 • 11:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota APM membuat pemantauan di kawasan yang terjejas. - Foto ihsan APM

image is not available
Banjir kilat di bandar Raub selepas hujan lebat berterusan pada Isnin. - Foto ihsan APM

RAUB - Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan bandar Raub dilanda banjir kilat pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memberitahu hujan lebat bermula kira-kira jam 8.40 malam menyebabkan air takungan longkang melimpah.

"Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat pemantauan kejadian di bandar Raub," ujar kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, air semakin surut dan pusat pemindahan sementara (PPS) belum dibuka setakat jam 11 malam.