Bandar Tercemar Teruk, Netizen Desak Pihak Berkuasa Hapuskan ‘Setinggan Gelandangan’ Di Bintulu

27 Jan 2023 • 4:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen mula soal di mana pihak berkuasa?

Bandar Tercemar Teruk, Netizen Desak Pihak Berkuasa Hapuskan ‘Setinggan Gelandangan’ Di Bintulu. Isu gelandangan di Bintulu ini ibarat tiada kesudahan dan titik noktah. Saban hari, pasti ada ‘cerita’ yang dikongsi oleh netizen menerusi laman sosial mereka.

Terbaru, menerusi perkongsian oleh pihak Bintulu News Page dilihat gelandangan ini dikatakan semakin berani dan semakin agresif.

image is not available
Bandar Tercemar Teruk, Netizen Desak Pihak Berkuasa Hapuskan ‘Setinggan Gelandangan’ Di Bintulu. Sumber: Bintulu News Page

Menerusi perkongsian itu, kelihatan kaki lima dikawasan Bintulu tidak ubah seperti kawasan setinggan apabila longgokan pakaian, beg dan bungkusan makanan disusun di tepi ‘penempatan sementara’ mereka ini.

Yang nyata perbuatan mereka ini mencacatkan lagi pemandangan lorong dan kaki lima sekitar Bintulu. Bukan hanya tidur di kaki lima bangunan, dilihat ada antara mereka mengusung kotak-kotak yang dijadikan sebagai tilam di kaki lima atau pun tepi bangunan.

image is not available

Bila malam tiba, mereka akan berbaring di atas kepingan kadbod yang dibentangkan di kaki lima jalanan.

Tanpa tempat berteduh dan tiada kemudahan yang boleh mereka gunakan, mana-mana kaki lima akan menjadi rumah persinggahan golongan ini.

Namun, ini merupakan pemandangan biasa bagi penduduk bandar minyak dan gas itu.

Ada yang berani membuat ‘onar’ dan menggangu orang awam

Bukan itu sahaja, sebelum ini gelandangan di sekitar Bintulu sering dilihat merayau di jalanan dalam keadaan separuh bogel, bercakap seorang diri, bahkan ada yang membawa pisau atau parang.

Malah tidak keterlaluan dikatakan, tindakan golongan ini mampu ‘menggugat’ kehadiran pengunjung yang mahu datang ke Bintulu.

Isu ini membangkitkan kemarahan netizen kerana golongan ini dianggap semakin berani dan tidak menghormati kawasan laluan orang awam.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir gelandangan ini dikatakan bertindak berlebihan dengan membakar sampah sesuka hati di kawasan ‘penempatan sementara’ mereka ini.

Sampah sarap juga dilihat dibuang merata-rata dengan longgokan barangan mereka yang dibiar di kaki lima bangunan sekitar Bintulu.

Ini reaksi netizen

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai pandangan dilontarkan netizen dalam perkongsian tersebut. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan perlakuan yang menyedihkan daripada gelandangan ini.

Antaranya, ada yang menggesa pihak berkuasa untuk menanggani masalah ini dengan segera. Mana tidaknya, lambakan golongan ini sekitar Bintulu dikatakan mampu mengganggu ketenteraman orang awam.

Difahamkan sebelum ini, golongan ini sering ‘membuat kacau’ dan mengamuk tanpa sebab.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyifatkan bandar Bintulu tidak ubah seperti ‘syurga gelandangan’ akibat daripada jumlahnya yang bertambah setiap hari kerana kurang pemantauan daripada pihak berkuasa.

image is not available

Orang awam juga diminta untuk berhati-hati kerana ada diantara mereka sengaja membawa senjata tajam bagi menakutkan orang awam walaupun pada siang hari.

image is not available

Baca lagi artikel terkini: