Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’

27 Jan 2023 • 12:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Waterfront semestinya menjadi salah satu tarikan di Kuching.

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’. Kalau disoal tempat menarik di Kuching, pasti ada yang cadangkan Waterfront Kuching. Mana tidaknya, di sini saja ada banyak tarikan pelancong contohnya pemandangan DUN, jambatan Darul Hana dan banyak lagi!

Selain itu, tidak kurang juga ‘persembahan’ dan ‘tarian’ oleh maskot-maskot yang menghiburkan pengunjung setiap malam di Waterfront ini.

image is not available
Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’. Sumber: FB Syahmi Razali

Ramai yang rimas dengar bunyi bingit dari lagu-lagu DJ Tiktok yang dipasang di Waterfront Kuching

Namun demikian, pernah tular apabila seorang individu menyatakan pandangan beliau mengenai cara maskot-maskot ini memberi hiburan kepada pengunjung. Katanya, Waterfront dipenuhi dengan maskot menari serta muzik remix Tiktok, yang mana ianya tidak enak buat tatapan pelancong di luar.

Kali ini, tular lagi sekali di laman Twitter, apabila individu ini sudah merasa rimas akan keadaan Waterfront Kuching ini seakan tiada perubahan setelah isu seperti ini pernah tular di laman Facebook sebelum ini.

image is not available
Sumber: Twitter

Minta pihak berkuasa turun padang

Perkongsian dari individu ini telah menarik perhatian dari netizen di laman sosial. Menerusi perkongsian individu ini meluahkan bahawa dirinya tidak dapat untuk menikmati keindahan di Waterfront Kuching kerana terganggu dengan muzik bingit dari lagu-lagu DJ Tiktok yang telah dipasang.

Pendapat individu ini disokong oleh netizen Kuching yang katanya turut terganggu oleh muzik tersebut. Netizen berpendapat muzik-muzik rancak dengan tarian ‘kurang enak’ daripada maskot tersebut sedikit sebanyak mencacatkan ketenangan di sepanjang Waterfront ini.

image is not available
Sumber: Tiktok

Ini respons netizen

Rata-rata netizen meminta agar pihak berkuasa ‘turun padang’ untuk menyelesaikan isu ini dengan kadar segera.

Menerusi komen netizen, sebaiknya lagu-lagu itu ditukar kepada genre lagu yang lebih bersesuaian memandangan lokasi tersebut merupakan tempat pelancongan di Kuching. Ada juga yang mencadangkan untuk mengembalikan muzik sape menghiasi suasana di Waterfront Kuching.

image is not available
Sumber: Twitter

image is not available
Sumber: Twitter

image is not available
Sumber: Twitter

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: