Bandingkan BLACKPINK Dengan Siti Nurhaliza, Kenyataan Individu Ini Jadi Bualan Ramai

Entertainment
5 Mar 2023 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kira-kira 60,000 peminat setia BLACKPINK membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena konsert jelajah dunia Born Pink. Peminat kumpulan dari Korea Selatan itu yang dikenali sebagai Blinks Malaysia menzahirkan keterujaan kerana dapat melihat penampilan Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo.

Debat BLACKPINK dan Tokti

Baru-baru ini, timbul perdebatan di media sosial berkenaan bakat ahli BLACKPINK dan penyanyi tempatan. Menurut seorang individu di Twitter, dia berpendapat kualiti vokal dan tarian ahli BLACKPINK adalah setaraf dengan penyanyi tempatan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut ternyata kurang disenangi oleh peminat setia BLACKPINK yang berpendapat bakat ahli kumpulan sensasi itu adalah jauh lebih baik daripada sebilangan besar penyanyi tempatan.

image is not available

Sambung individu ini, BLACKPINK ialah ‘performer’ dan bukanlah penyanyi yang hanya bergantung kepada vokal sahaja. Setiap ahli kumpulan ini juga telah berlatih untuk menari, menyanyi, berlakon dan rap.

“And blackpink is performer not just artist who solely rely totally on vocal. They’re trained to be all rounder dancing,rapping, acting,singing,if i ask dato’ siti to dance i bet she can’t either.”, tulis individu ini.

image is not available

Di hujung ayat, individu ini memberi contoh Dato’ Siti Nurhaliza tidak boleh menari seperti ahli BLACKPINK jika disuruh oleh peminat.

Peminat tempatan pertahan Tokti

Kenyataan tersebut ternyata kurang disenangi oleh peminat tempatan yang beranggapan perbandingan tersebut adalah tidak wajar kerana kedua-duamya membawa genre yang berbeza.

Malah, ada juga yang mengatakan Tokti tidak perlu lagi membuktikan bakat dirinya kepada peminat kerana beliau sudah berada di tahap yang berbeza. Sebagai contoh, Tokti pernah disenaraikan sebagai penyanyi ke-27 paling banyak memenangi anugerah di dalam dunia, menewaskan One Direction, Bruno Mars, Twice dan Girls Generation.

image is not available

Setiap penyanyi ada keunikan dan bakat mereka yang tersendiri. Lebih baik kita meraikan keunikan tersebut tanpa membandingkan bakat penyanyi sehingga menimbulkan perbalahan di antara dua pihak. Kedua-dua BLACKPINK dan Tokti berbakat!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.