Banduan Dari Sabah Ini Berjaya Genggam PhD, Terima Pengampunan Sultan Selangor

13 Dec 2024 • 10:17 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Murad merupakan banduan pertama yang peroleh PhD di Malaysia

Banduan Dari Sabah Ini Berjaya Genggam PhD, Terima Pengampunan Sultan Selangor. Siapa sangka seorang banduan yang menjalani hukuman sejak usia 14 tahun kini memegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan akhirnya menerima pengampunan daripada Sultan Selangor?

Murad (bukan nama sebenar), yang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) sejak tahun 2001 di Penjara Kajang, telah mencipta sejarah apabila menjadi prospek pertama Jabatan Penjara Malaysia bergelar Doktor Falsafah.

image is not available

Beliau mengambil PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan

Bidang pengajiannya? Pentadbiran Perniagaan – satu pencapaian yang luar biasa bagi seseorang yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya di sebalik tirai besi.

Kejayaan Murad ini tidak hanya mencerminkan ketekunan dirinya tetapi juga hasil daripada program pendidikan dan rehabilitasi penjara yang memberi peluang kedua kepada banduan untuk memperbaiki masa depan mereka.

Semasa proses pembebasan Murad, suasana gembira dan hiba jelas terpancar di wajahnya setelah dibacakan waran pembebasan oleh YDH. TKP Preshahdin bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang.

Murad zahirkan rasa syukur dan junjung kasih kepada Sultan Selangor

TKP Preshahdin dalam sesi pembebasan Murad juga menasihatkan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan. Tambahan Tuan Preshahdin, pihak Jabatan sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan.

Dalam sesi tersebut juga, Murad menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di atas pengampunannya serta tidak dilupakan terutamanya Jabatan Penjara Malaysia kerana memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.

Tambah Murad, segala jasa baik dari pihak Jabatan akan sentiasa dikenang dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya agar dikembalikan dengan lebih sempurna.

Baca juga artikel menarik di bawah: