Banduan Pertama Peroleh PhD Ketika Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Entertainment
12 Dec 2024 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam berlangsungnya Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79.

Sempena perayaan itu, baginda Sultan Selangor memberi pengampunan kepada banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara.

Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, telah menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

“Semasa proses pembebasan Murad tadi, suasana gembira dan hiba jelas terpancar di wajahnya setelah dibacakan waran pembebasan oleh YDH.

TKP Preshahdin bin Monshee Pengarah Penjara Kajang. TKP Preshahdin dalam sesi pembebasan Murad juga menasihatkan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan.

Tambahan Tuan Preshahdin, pihak Jabatan sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Murad berkata dia amat bersyukur selain menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diatas pengampunannya.

Dia juga berkata dia akan sentiasa mengingati jasa baik pihak Jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.