Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching

29 Jun 2024 • 1:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara tidak puas hati

Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching. Gara-gara mencederakan rakan sepenjara menggunakan sebatang besi katil akibat tidak puas hati, seorang lelaki didenda RM3,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shahadan Aramzi, 28, yang mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

image is not available
Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching. Sumber: Utusan Borneo

Tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan lelaki berusia 35 tahun menggunakan senjata boleh menyebabkan kematian iaitu sebatang besi katil dalam satu kejadian pada 9 Mei 2024, sekitar jam 8.30 malam di asrama lelaki di Penjara Puncak Borneo, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, pengadu iaitu anggota penjara bertugas pada hari kejadian terdengar suara banduan menjerit menyatakan berlaku pergaduhan melibatkan dua lelaki di dalam sebuah sel.

Setibanya pengadu di tempat kejadian, dia mendapati mangsa mengalami kecederaan berdarah di bahagian belakang kepala.

Pada masa sama, tertuduh mengaku dia telah memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi katil.

Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan, sementara tertuduh ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwanya tidak menghormati ketua asrama.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.

Baca lagi artikel menarik: