
KUALA TERENGGANU – Padah perbuatan serakah meliwat rakan banduan di dalam sel Penjara Marang pada awal bulan ini, seorang lelaki dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Mohd. Ridzuan Zahar, 42, membuat pengakuan selepas pertuduhan selesai dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan meliwat seorang lelaki berusia 23 tahun tanpa kerelaannya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sel Penjara Marang, pada pukul 3 pagi, 4 September lalu.
Mohd. Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Abdul Hayyi Salim. – KOSMO! ONLINE
The post Banduan Penjara Marang ‘sentuh’ rakan sel dipenjara lima tahun appeared first on Kosmo Online.


