Banduan dipenjara lima tahun, satu sebatan kerana liwat rakan sepenjara

30 Sep 2026 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banduan dipenjara lima tahun, satu sebatan kerana liwat rakan sepenjara
Tertuduh didakwa meliwat seorang lelaki berusia 23 tahun pada kira-kira 3 pagi 4 September di dalam sel Penjara Marang, Marang. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kepada seorang banduan yang mengaku bersalah meliwat rakan sepenjaranya, awal bulan ini.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Ridzuan Zahar, 42, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan.

Mohd Ridzuan didakwa meliwat seorang lelaki berusia 23 tahun pada kira-kira 3 pagi 4 September di dalam sel Penjara Marang, Marang

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima hingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Abdul Hayyi Salim. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved