Banduan Peroleh Doktor Falsafah Semasa Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui platform Facebook, tular satu hantaran memaklumkan seorang banduan telah memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa berada di dalam penjara dan ia menjadikan dirinya merupakan banduan pertama melakukan perkara itu.

Peroleh Phd bidang Pentadbiran Perniagaan ketika dalam penjara

Difahamkan, banduan yang tidak mendedahkan identitinya itu memiliki PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan dia telah menjalani hukuman penjara sejak umurnya 14 tahun (tahun 2001) sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

image is not available

Murad (bukan nama sebenar) merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara.

Dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, banduan terbabit telah mendapat keampunan dan juga dibebaskan.

Susulan itu, lelaki terbabit menzahirkan rasa syukur keatas keampunan yang diberikan oleh Sultan serta berterima kasih kepada Jabatan Penjara kerana memberinya peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga dirinya bergelar Doktor Falsafah biarpun sedang menjalani hukuman di dalam penjara.

image is not available

image is not available

image is not available

Malah, Murad (bukan nama sebenar) turut berkata dia akan mengenang segala jasa baik jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya agar dapat kembali hidup sempurna.

image is not available 2 weeks ago

Bekas Peserta Program Realiti Komedi Ditahan, Disyaki Rog*l Gadis