“Bangga betul!” – [VIDEO] MP Australia Kelahiran Malaysia Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Parlimen

Entertainment
7 Sep 2022 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Australia telah mengadakan pilihanraya pada bulan Mei lalu bagi memilih 47 ahli parlimen bagi mendukung negara tersebut.

Ahli Parlimen (MP) Tangney, Perth diwakili oleh Sam Lim yang merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan merupakan bekas polis Malaysia sebelum menyertai pasukan beruniform yang sama di Australia.

image is not available

Kemenangannya itu menjadi sejarah apabila dia merupakan ahli parlimen Australia yang kedua kelahiran Malaysia selepas Penny Wong dari Kota Kinabalu, Sabah.

Semalam, tular video Sam Lim berucap buat kali pertama dalam sidang parlimen dan ramai yang kagum apabila beliau berucap dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin serta Bahasa Inggeris.

“Kepada semua rakan saya di Malaysia, Australia dan luar negara, terima kasih atas semua penjagaan dan kasih sayang anda.

Terima kasih khas kepada semua yang telah menghulurkan tangan untuk menyokong dan membantu saya dalam pilihan raya umum Australia. Terima kasih semua,” katanya.

Video ucapannya itu telah dimuat naik oleh rakan sejawatnya Tim Watts di akaun Twitter miliknya dan dia memuji Sam Lim kerana ucapannya yang pelbagai bahasa itu mencerminkan kepelbagaian yang berkembang pesat dalam komuniti tempatan di Australia.

Wah, masih fasih cakap Bahasa Melayu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.