'Bangga wakili Malaysia' - Bergson

LocalFootball
26 Sep 2026 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Bangga wakili Malaysia' - Bergson
Bergson. Foto FAM

RASA bangga mewakili Malaysia menjadi pembakar semangat penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson da Silva selepas membantu pasukan negara melakar kemenangan 3-0 dalam aksi pembukaan Piala ASEAN FIFA 2026 menentang Bangladesh pada Jumaat.

Bergson menyifatkan kejayaan meraih tiga mata itu cukup penting buat Harimau Malaya sekali gus memberikan momentum untuk menghadapi Indonesia dalam perlawanan seterusnya.

“Pertama sekali, kita perlu mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana bukan mudah untuk bermain pada waktu seperti ini.

“Bukan mudah untuk membuat penampilan sulung dalam pertandingan yang singkat ini, tetapi saya fikir kami mempamerkan permainan yang baik berdasarkan pendekatan yang digunakan dan paling penting, kami berjaya mendapatkan tiga mata.

“Ini lebih penting buat rakyat yang mengharapkan kami. Jadi, idea kami adalah untuk terus melakukan perkara yang sama kerana masih ada dua perlawanan dan kedua-duanya pasti lebih sukar,” katanya.

Menurut Bergson, kemenangan tersebut turut memberi keyakinan kepada barisan pemain bahawa masih banyak ruang untuk diperbaiki menjelang aksi seterusnya.

“Kami tidak sabar untuk menghadapinya kerana kami tahu masih banyak perkara yang boleh kami lakukan dengan lebih baik berbanding perlawanan hari ini (semalam).

“Kami sangat bangga untuk mewakili Malaysia,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved