Piala ASIAN FIFA: Cheng Hoe sudah cukup ramuan

LocalFootball
19 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASIAN FIFA: Cheng Hoe sudah cukup ramuan

KEHADIRAN beberapa pemain baharu mampu menghidupkan harapan buat peminat bola sepak tempatan untuk melihat kejayaan Harimau Malaya di pentas Piala ASEAN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin, nama dua bintang naturalisasi baharu, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo turut berada dalam senarai pasukan bersama pemain warisan, Brad Tapp.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, agak menarik untuk melihat pemain yang dipanggil kali ini dan menyifatkannya ia sebagai perkembangan positif buat skuad kebangsaan.

“Semua pemain mesti ada cita-cita untuk bermain dengan pasukan kebangsaan kerana di peringkat antarabangsa jugalah kita boleh belajar dan baiki persembahan kita sendiri. Begitu juga saya dulu, bermain dengan skuad kebangsaan adalah kemuncak kepada cita-cita.

“Apa yang saya lihat, pasukan sekarang agak bagus, ada penambahan kualiti. Apabila adanya kumpulan pemain yang berkualiti, secara tidak langsung ia mewujudkan persaingan sihat dalam pasukan,” katanya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe membawa barisan pemain yang seimbang, menggabungkan pemain berpengalaman dan muda.

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kembali perkuatkan Harimau Malaya disamping kelibat kapten Selangor FC, Faisal Halim bakal membentuk jentera serangan yang lebih ampuh.

Cheng Hoe mengekalkan lima pemain daripada skuad Piala ASEAN, Julai lalu dan tambahan kualiti kali ini pastinya memberikan harapan besar buat peminat untuk menyaksikan keputusan positif di pentas sulung Piala ASEAN FIFA.

Selain Bergson, Hidalgo, Tapp, Cheng Hoe kini memiliki skuad terkuat dengan kehadiran pertahanan utama, Dion Cools dan seorang lagi bintang naturalisasi, Romel Morales.

Paling menarik, bintang muda Terengganu, G Pavithran yang menyinar di pentas Piala ASEAN 2026 sebelum ini turut berada dalam senarai disamping pertahanan muda JDT II, Faris Danish Asrul yang hadir sebagai pemain termuda.

The post Piala ASIAN FIFA: Cheng Hoe sudah cukup ramuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved