Bangkai Harimau Dilanggar Tidak Sempurna, Dipercayai Dicuri – Perhilitan

Entertainment
10 Nov 2024 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial satu video seekor harimau yang mati digilis sebuah lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa. Bangkai haiwan pemangsa itu walau bagaimanapun ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Memetik sumber Harian Metro, beberapa anggota badan harimau itu dipercayai dicuri termasuk bahagian kulit yang kelihatan seperti sudah disiat.

image is not available

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, banyak anggota badan telah hilang dan keadaan bangkai harimau itu tidak sempurna. Pihak Perhilitan kini sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mengesan pihak bertanggungjawab.

Bagi individu yang sudah mengambil bahagian tertentu dari karkas atau bangkai harimau itu sama ada sebahagian kulit, taring, tulang, kuku atau misai, serahkan segera kepada pihak Perhilitan bagi mengelakkan dari diambil tindakan.”

Video yang tular semalam memaparkan bangkai seekor harimau belang terdampar di atas jalan raya yang hanya tinggal kepala selepas dipercayai digilis sebuah lori.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.