Bangkok Dilanda Banjir Teruk, Pelancong Malaysia Kongsi Detik Teksi Dimasuki Air

27 Sep 2026 • 2:21 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Bangkok Dilanda Banjir Teruk, Pelancong Malaysia Kongsi Detik Teksi Dimasuki Air

BANGKOK: Seorang pelancong Malaysia berkongsi detik mencemaskan apabila teksi yang dinaikinya dimasuki air ketika meredah banjir di Bangkok, Thailand.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @fateeavi, air kelihatan memenuhi ruang kaki penumpang di bahagian belakang teksi sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Taxi kami naik kat Bangkok pun dah masuk air nok. Amat dahsyat trip BKK kali ni sebab banjir teruk,” tulisnya.

Air Penuhi Ruang Dalam Teksi

Video yang tular itu memaparkan air bertakung di dalam teksi ketika kenderaan masih bergerak di jalan yang dinaiki air.

Di ruangan komen, ramai netizen berseloroh mengatakan teksi itu seolah-olah bertukar menjadi “kolam bergerak”, namun pemilik video menjelaskan mereka terpaksa berdepan situasi itu sepanjang perjalanan.

Bangkok Memang Sedang Berdepan Banjir Besar

Perkongsian itu berlaku ketika Bangkok sedang dilanda banjir besar susulan hujan lebat berterusan yang menenggelamkan banyak jalan utama serta menjejaskan trafik di sekitar ibu kota Thailand itu.

Pihak berkuasa turut mengisytiharkan semua 50 daerah di Bangkok sebagai kawasan bencana banjir bagi mempercepatkan operasi bantuan, manakala Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran hujan lebat masih berpotensi berlaku di beberapa kawasan. – The Malaysian Update

The post Bangkok Dilanda Banjir Teruk, Pelancong Malaysia Kongsi Detik Teksi Dimasuki Air appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved