Banjir Bangkok, peminat Malaysia kecewa gagal saksikan konsert Ryosuke Yamada

WorldEntertainment
27 Sep 2026 • 11:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Bangkok, peminat Malaysia kecewa gagal saksikan konsert Ryosuke Yamada

PETALING JAYA – Hasrat seorang peminat dari Malaysia untuk menyaksikan konsert penyanyi Jepun, Ryosuke Yamada di Bangkok, Thailand, bertukar kecewa apabila acara berkenaan didakwa dibatalkan susulan keadaan banjir di sekitar lokasi.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang peminat dikenali sebagai @nisasuke622 berkongsi beberapa gambar keadaan di sekitar Thunder Dome, Muang Thong Thani yang dinaiki air.

“Konsert (Yamada) telah dibatalkan. Penat saja berenang, nampaknya kena berenang balik,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Gambar berkenaan menunjukkan kawasan hadapan Thunder Dome dilanda banjir sehingga air bertakung di sekitar laluan masuk dan kawasan parkir.

Konsert Ryosuke Yamada Asia Tour 2026 ‘Red.Y’ dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 26 September, bermula pukul 6 petang di Thunder Dome.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi peminat lain yang bersimpati dengan nasib mereka yang sudah hadir ke Bangkok bagi menyaksikan persembahan berkenaan.

Dalam ruangan komen, pemilik akaun berkenaan turut meluahkan rasa sedih selepas seorang pengguna bertanya mengenai konsert tersebut.

“Ya,sedihnya. Nak sangat tengok dia nyanyi solo kali ni,” balasnya.

Situasi itu mencetuskan perhatian warganet apabila beberapa gambar menunjukkan keadaan sekitar venue yang dilimpahi air, sekali gus menggambarkan cabaran dihadapi peminat yang hadir ke lokasi.

Terdahulu, Ryosuke yang juga pelakon dan anggota kumpulan J-Pop, Hey! Say! JUMP buat pertama kali menganjurkan konsert solo Asia pertamanya bermula di Taipei, Taiwan selam dua hari, disusuli Seoul, Korea Selatan dan terakhir di Bangkok. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Bangkok, peminat Malaysia kecewa gagal saksikan konsert Ryosuke Yamada appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved