Bangun-Bangun Nampak Bidadari, Tiga Sekawan Terlelap Di Ruangan Solat Wanita Bikin Netizen Terhibur

Entertainment
19 May 2024 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya, jemaah lelaki lebih gemar berada di dalam masjid untuk menghabiskan masa dengan pengisian ilmu dan membaca Al-Quran. Malah, bukanlah sesuatu di luar kebiasaan jika ada yang mengambil masa untuk berehat seketika atau melelapkan mata bagi menungga masuk waktu solat.

Namun begitu, bila tertidur terlalu lama, kadangkala perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Contohnya dalam video di bawah ini:

Satu video dari negara seberang tular apabila tiga pelajar lelaki terlena di ruangan solat pelajar wanita. Difahamkan, mereka terlena di kawasan tersebut dan apabila sedar daripada tidur, kawasan itu telahpun dipenuhi dengan jemaah wanita.

Mereka tersedar setelah terdengar suara riuh daripada pelajar wanita.

Sudah tentulah, pelajar lelaki berkenaan terkejut melihat ‘jodoh’ mereka berada dihadapan mereka. Seperti mimpi, pelajar lelaki seakan mamai dan beredar dari situ kerana malu dilihat pelajar wanita.

Sedar-sedar jodoh depan mata, mau tak terkejut tengok.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article