
Di sebalik arus pembangunan moden Melaka kini, kita tidak harus melupakan zaman penjajahan Jepun yang berlaku pada zaman muda-mudi nenek moyang kita. Ini kerana, penjajahan Jepun yang berlaku antara kira-kira hampir 100 tahun dahulu adalah zaman yang paling zalim dan menyayat-hati di dalam sejarah kisah dunia.
Negeri Melaka adalah salah satu negeri yang tidak terkecuali daripada jajahan genocide tentera Jepun ketika perang dunia kedua. Terletak di Jalan Bendahara, terdiri sebuah bangunan usang yang dikenali sebagai Bangunan Kebajikan Meng Seng. Dari segi luaran, bangunan itu memberikan aura atau penampakan yang agak kelam walaupun pada pagi yang terik dan bersinar-sinar cahaya matahari.
Tetapi, ramai muda-mudi di Melaka sekarang yang tidak tahu akan sejarah hitam yang berlaku di dalam bangunan usang itu pada satu masa dahulu.Dulu, bangunan Meng Seng adalah pusat markas ketenteraan Jepun ketika perang dunia kedua. Oleh itu, ramai orang tempatan di Melaka pada masa tidak berani melalui atau menghampiri bangunan Meng Seng kerana takut akan musibah yang akan ditimpa oleh mereka.
Namun di antara kategori tentera-tentera Jepun, pihak ketenteraan yang paling digeruni oleh pihak awam tempatan adalah tentera Kempetai. Jika dibandingkan dengan tahap kezaliman dan sadis, tentera Kempetai Jepun memang tidak boleh ditandingi oleh orang lain. Di dalam Bangunan Meng Seng, banyak pertumpahan darah telah berlaku di sebalik pintu tertutup yang dikawal dengan ketat di luar oleh tentera Jepun.
Ini kerana, Kempetai Jepun telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa seperti lelaki, perempuan dan kanak-kanak mahupun bayi yang baru dilahirkan; terutamanya jika mereka telah mengingkar dan menentang kedaulatan ketenteraan Jepun diraja. Pihak Kempetai akan membunuh pembelot-pembelot kategori dewasa dengan memenggal kepala mereka sekaligus. Contohnya, seperti si penjual ayam memotong leher seekor ayam hidup di pasar dengan tangkasnya, tetapi yang bezanya Si Kempetai Jepun menggunakan pedang samurai yang tajam. Selepas itu, Si Kempetai itu akan mengambil kepala si mangsa-mangsa yang masih berlumuran darah dan memacak kesemuanya sebaris di bahagian tertinggi tiang palang untuk pameran orang ramai di tempat awam. Jikalau cara hukum bunuh ini tidak cukup sadis, Kempetai itu akan membunuh bayi-bayi dengan melambung mereka tinggi-tinggi di udara sebelum memacak si-kecil hingga meninggal segera di atas pedang samurai yang tajam.
Oleh kerana ramai orang tempatan takut akan menjadi mangsa hukuman bunuh Si Kempetai, mereka akan pura-pura menunjukkan rasa hormat kepada tentera Kempetai ketika terpaksa lalu-lalang di depan bangunan Meng Seng itu. Selama dua tahun penjajahan zalim tentera Jepun di Tanah Melayu sebelum mereka menyerah diri selepas kalah peperangan, bangunan Meng Seng adalah pintu api neraka dan bangunan yang paling digeruni oleh seluruh penduduk orang Melaka.
Bak pepatah ahli-ahli paranormal terkemuka," Tempat yang tragis selalunya adalah tempat yang berlakunya aktiviti paranormal dan entiti menyeramkan. Mengikut kisah orang-orang tua, terdapat penduduk yang tinggal berdekatan dengan Meng Seng mengadu telah mendengar tangisan menyayat hati dan jeritan kuat meminta tolong seolah-olah si dia telah didera dengan teramat kejam dan menyakitkan. Untuk pengetahuan kalian, kejadian ini terjadi pada waktu malam ketika semua orang sedang lena tidur. Walaupun mereka asalnya ingat ada manusia terdesak di dalam Meng Seng yang betul-betul memerlukan pertolongan mereka, tetapi mereka tahu bahawa suara-suara ngeri yang didengari oleh mereka bukanlah daripada seorang manusia hidup tetapi roh-roh berkeliaran kerana Perang dunia kedua sebenarnya telahpun lama berakhir.
Namun, ada orang yang tinggal di dalam bangunan Meng Seng kerana mereka adalah tukang penjagaan bangunan itu. Oleh itu, terdapat banyak juga kisah seram dan penampakan kelibat yang boleh disampaikan oleh tukang jaga Meng Seng itu. Ada di antara mereka ternampak kelibat hantu tidak berkepala yang berlegar-legar di sekitar dewan utama sebelum melesapkan diri dengan tiba-tiba di udara. Selain daripada itu, terdapat juga penampakan kelibat hantu budak-budak. Contohnya, pada satu hari yang suram, tukang jaga bangunan itu merasa bulu roma di tangannya naik menegak dengan tiba-tiba. Dia terpandang satu sudut dan ternampak kuda mainan yang dipamer di depan pintu bangunan Meng Seng sedang bergerak dengan diri sendirinya secara perlahan-lahan sambil diiringi oleh suara ghaib ketawa riang tawa budak kecil.
Dengan demikian, jikalau anda berada di bandaraya Melaka dan berminat dengan sejarah hitam zaman penjajahan tentera Jepun, singgahlah sekejap di Bangunan Kebajikan Meng Seng. Ada kemungkinan, anda akan tersengaja menemui benda yang tidak disangka dari alam ghaib.

Hantar artikel/video berkaitan #KisahSeram dan berpeluang menangi hadiah sebanyak RM5,500! Ketahui lebih lanjut di sini.
Lim Su Yee adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
